Input your search keywords and press Enter.

Gilis Sampai Mati

M Update, 19/09/2019 – Seorang lelaki berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana cuba membunuh bekas kekasihnya dengan berulang kali menggilis mangsa menggunakan kereta sehingga hampir menyebabkan tubuh wanita itu terputus.

Bagaimanapun, mangsa, San Juanita Herrera, 41, mengenal pasti suspek Rogelio Alberto Guardado sebagai orang yang bertanggungjawab mencederakannya seterusnya membawa kepada penangkapannya.

Daily Mail melaporkan, sebelum dilanggar, Guardado yang juga bekas majikan San Juanita, menghiris tayar keretanya menyebabkan mangsa cuba berlari untuk menyelamatkan diri.

GUARDADO (kanan) mengejar dan menggilis San Juanita (kiri) empat kali di tempat letak kereta di kawasan perumahan. FOTO Agensi

Guardado bagaimanapun mengejar dan menggilis mangsa empat kali di tempat letak kereta di kawasan perumahan sebelum meninggalkannya dalam keadaan parah dalam kejadian pada September 2016 itu.

Mangsa dirawat selama dua bulan di hospital dengan kecederaan di pinggul, patah kedua-dua kaki selain trauma pada kepala dan kecederaan lain malah terpaksa menggunakan kerusi roda selama dua tahun.

Bagaimanapun, dia masih mampu memberi keterangan ketika perbicaraan terhadap Guardado.

Guardado akhirnya memilih mengaku salah bagi kejadian itu, Isnin lalu.

Leave a Reply