Input your search keywords and press Enter.

Tan Sri Dr Hadenan Jalil (Bekas Ketua Audit Negara) Meninggal Dunia

M Update, 19/9/2019 – Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A Jalil, 73, meninggal dunia tengah hari semalam, di kediamannya di Sungai Buloh.

Hadenan, yang juga Pro-Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meninggalkan isteri Puan Sri Faridah Abdul Hamid dan tiga anak.

Pengerusi dan Pengarah Kumpulan Protasco Berhad, syarikat pembinaan jalan dan kejuruteraan, Allahyarham adalah lulusan Universiti Malaya dalam bidang ekonomi pada 1970 sebelum memulakan kerjaya dalam pentadbiran dan diplomatik.

Karier awal beliau bermula di pelbagai kementerian termasuk sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Setiausaha di Kementerian Kerja Raya.

Selepas bersara daripada jawatan akhirnya sebagai Ketua Audit Negara, Hadenan yang juga anak kelahiran Melaka berkhidmat di beberapa syarikat seperti Unilever (M) Holding Sdn Bhd, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, PNB Commercial Sdn Bhd dan Malayan Banking Bhd.

Sumber : Bernama

Leave a Reply