Input your search keywords and press Enter.

Tiada Pemberian Status Warganegara Kepada Warga Asing Beli Rumah Mewah

M Update, 20/9/2019 – Kerajaan memberi jaminan tidak memberikan status kewarganegaraan kepada rakyat asing yang membeli rumah mewah tidak terjual menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.

Tidak ada pemberian MyKad atau dokumen Penduduk Tetap (PR) yang dijanjikan, hanya visa selama 10 tahun. Perkara ini akan dibincang di peringkat kabinet.

Bagaimanapun, warga asing berkenaan mesti mempunyai ‘liquid asset’ supaya dapat memberi sumbangan kepada negara,” katanya menambah bahawa kempen pemilikan rumah itu adalah terbuka dan tidak terhad kepada warga China dan Hong Kong sahaja. Dr Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan pemberian status kewarganegaraan diberi kepada warga asing yang membeli rumah mewah tidak terjual menerusi program MM2H.

Baru-baru ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencadangkan penganjuran MM2H kepada pembeli warga asing bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

Leave a Reply