Input your search keywords and press Enter.

Tembak Mati Bapa Yang Disangka Babi Hutan

M Update, 23/09/2019 – Seorang lelaki menembak mati bapanya yang disangka babi hutan ketika mereka mengikuti ekspedisi memburu di selatan Itali, lapor media tempatan.

AFP melaporkan, mangsa, Martino Gaudioso, 55, ditembak di bahagian perut oleh anaknya yang berusia 34 tahun ketika memburu secara berasingan di Sicignano degli Alburni, Salerno di kawasan taman negara yang melarang pemburu masuk.

Oktober tahun lalu, menteri alam sekitar Itali menggesa aktiviti memburu diharamkan selepas remaja berusia 18 tahun ditembak mati kerana turut disangka babi hutan.

Dua bulan kemudian, seorang pemburu berusia 67 tahun ditemui mati di dalam hutan selepas tertembak dirinya di kepala.

Leave a Reply