Input your search keywords and press Enter.

Facebook Ketatkan Peraturan Sempena Pilihan Raya Singapura

M Update, 26/09/2019 – Gergasi media sosial, Facebook Inc, melaksanakan peraturan baru bagi iklan politik di Singapura menjelang pilihan raya di bandar raya itu yang dijangka dalam masa beberapa bulan lagi.

Peraturan baru memerlukan mereka yang mahu menerbitkan iklan mengenai isu sosial, pilihan raya atau politik di Singapura mengesahkan identiti mereka dan lokasi, dan mendedahkan siapa bertanggungjawab di atas iklan itu.

Facebook juga memerlukan penafian ‘dibayar oleh’ dalam iklan, yang akan disimpan dalam perpustakaan atas talian yang boleh dicari selama tujuh tahun.

Ditekan oleh pihak berkuasa seluruh dunia, Facebook tahun lalu mula memperkenalkan beberapa inisiatif serupa di pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat dan India, untuk meningkatkan pengawasan iklan politik.

Singapura, yang diperintah Parti Tindakan Rakyat sejak berpisah dengan Malaysia pada 1965, berulang kali berkata ia terdedah kepada campur tangan asing dalam hal ehwal dalamannya. — Reuters

Leave a Reply