Input your search keywords and press Enter.

Keputusan Inkues Adib Hari Ini

M Update, 27/9/2019 – Mahkamah Koroner Shah Alam dijangka membuat keputusan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pada 9 pagi ini.

Ia dijangka dibacakan oleh Koroner Rofiah Mohamad. Sepanjang prosiding inkues selama 41 hari bermula 11 Februari lalu, seramai 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan.

Prosiding inkues dikendalikan Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairuddin manakala keluarga Muhammad Adib diwakili peguam Syazlin Mansor, Yahaya Othman, Kamaruzaman A Wahab dan Ahmad Taufiq Baharum.

Tiga Peguam Kanan Persekutuan iaitu Suzana Atan, Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah dan seorang lagi Peguam Persekutuan iaitu Afiq Zainal Abidin mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM).

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. – HM Online

Leave a Reply