Input your search keywords and press Enter.

Padah Jika Tak Hormat Lagu Negaraku

M Update, 30/9/2019 – Individu yang tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku berkumandang, boleh dikenakan hukuman penjara serta denda jika sabit kesalahan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, mereka yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku itu boleh ditahan mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Berdasarkan akta itu, individu berkenaan boleh ditahan jika perbuatan itu dilakukan di hadapan pegawai polis yang melihatnya. Namun, buat masa ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu,” katanya mengulas mengenai lapan individu dan seorang wanita yang tidak menghormati nyanyian lagu Negaraku yang dipercayai berlaku dalam satu majlis di Sarawak. – HM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *