Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2019

Pembuli Di Campak Dari Tingkat Empat

M Update, 27/09/2019 – Seorang pelajar sekolah menengah terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dicampak dari tingkat empat bangunan sekolah oleh sekumpulan pelajar yang membulinya di Guangxi, China hingga menjadi tular sejak Isnin minggu lalu. Asia One melaporkan, tindakan kejam terhadap mangsa dikenali sebagai Wei itu menyebabkan organnya pecah serta…

Jumlah Korban Gempa Bumi Di Maluku Meningkat 23

M Update, 27/09/2019 –  Jumlah korban gempa bumi kuat yang menggegarkan Maluku semalam kini mencecah 23, kata agensi bencana Indonesia hari ini, ketika lebih 15,000 dipindahkan ke pusat perlindungan. Penduduk yang ketakutan berlari ke jalan raya apabila gempa bumi 6.5 magnitud menyebabkan bangunan dan tanah runtuh. Antara yang disahkan terbunuh…

KPN : Polis Akan Siasat, Cari Pihak Terlibat Kematian Muhammad Adib

M Update, 27/9/2019 – Polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kematian anggota Muhammad Adib Mohd Kassim, susulan keputusan inkues yang diumumkan Mahkamah Koroner, Shah Alam hari ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawainya…

Keluarga Muhammad Adib Harap Suspek Dibawa Ke Muka Pengadilan

M Update, 27/9/2019 – Abang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Mohd Asraf, berharap suspek yang bertanggungjawab menyebabkan kematian adiknya segera dibawa ke muka pengadilan. Beliau berkata, ini kerana keluarga Muhammad Adib masih menuntut keadilan, selepas hampir setahun insiden menyayat hati itu berlaku. “Kami sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner hari…

Kematian Adib Disebabkan Tindakan Jenayah

M Update, 27/9/2019 – Kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali. Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari. Dalam keputusannya, Rofiah berkata, kecederaan lung chest…

TASKA Berdaftar JKM Diberi Diskaun 20 Peratus Bil Elektrik

M Update, 27/9/2019 – Diskaun bil elektrik sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Semenanjung yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh bermula 1 November ini hingga 31 Disember 2020. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, berkata keputusan yang dipersetujui…

Malaysia menjadi tuan rumah bagi dialog peringkat tinggi ekonomi ASEAN-Itali 2020

Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah bagi Dialog Peringkat Tinggi berhubung Hubungan Ekonomi ASEAN-Itali 2020 pada Jun tahun depan, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Dalam kenyataannya, MIDA berkata pihaknya ditetapkan sebagai rakan kongsi utama bersama-sama dengan Persatuan Itali-ASEAN dan The European House- Ambrosetti dalam menganjurkan dialog itu. “Dialog…

AR Badul Mahu Inkues Siasat Punca Kematian Anak

M Update, 27/9/2019 – Pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya, dalam insiden tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini. Badul atau nama penuhnya, Armaya…

Keputusan Inkues Adib Hari Ini

M Update, 27/9/2019 – Mahkamah Koroner Shah Alam dijangka membuat keputusan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, pada 9 pagi ini. Ia dijangka dibacakan oleh Koroner Rofiah Mohamad. Sepanjang prosiding inkues selama 41 hari bermula 11 Februari lalu, seramai 30 saksi memberi keterangan dengan 137 eksibit dikemukakan. Prosiding inkues dikendalikan…