Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

September 2019

PGA Bukan Sekadar Barisan Kedua PDRM

M Update, 25/9/2019 – Pasukan Gerakan Am (PGA) bukan sekadar barisan kedua dalam penugasan kepolisan, sebaliknya memberi impak terhadap kepercayaan rakyat dan kerajaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Mastor Mohd Ariff berkata ia terbukti melalui penugasan bantuan pencegahan jenayah,…

JAKIM, JAWI Anjur Karnival Rahmah 2019

M Update, 25/9/2019 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan Karnival Rahmah 2019, mulai esok hingga Ahad ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata karnival yang dijadual berlangsung di Dataran Putrajaya itu turut menyasarkan kehadiran pelbagai…

Dr M : PBB Digesa Tangani Krisis Rohingya

M Update, 25/9/2019 – Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan Myanmar dikritik hebat kerana tidak bertindak menyelesaikan krisis etnik Rohingya yang menyebabkan jutaan orang kini menjadi pelarian. Tindakan PBB berdiam diri dalam isu itu amat ketara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan organisasi berusia 75 tahun itu…

Rakyat Malaysia di Mesir Diminta Berwaspada

M Update, 25/9/2019 – Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah semalam meminta warganegara Malaysia di Mesir supaya terus berwaspada dan mengambil perhatian terhadap situasi keselamatan semasa negara itu susulan tunjuk perasaan jalanan Jumaat lepas. Kedutaan itu dalam satu garis panduan keselamatan yang dikeluarkannya hari ini juga mengingatkan mereka yang berada di…

Pakistan Di Landa Gempa Bumi, 19 Maut

M Update, 25/09/2019 – Jumlah mangsa maut akibat gempa bumi di timur Pakistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 19 orang, manakala lebih 300 lagi cedera. Gempa bumi cetek dengan magnitud 5.8 itu melanda bandar Mirpur di Kashmir. Gegaran itu turut menimbulkan retakan sebesar kereta pada jalan raya. Ketua Pakar Meteorologi Pakistan, Muhammad…

Logo Dan Tangline Baru Proton Diperkenalkan

M Update, 24/9/2019 – Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan logo dan slogan terbaharunya, ‘Inspiring Connections’ dalam usaha menjadi jenama automotif moden global dipacu oleh tiga nilai teras iaitu teknologi inovatif, kebolehpercayaan dan antarabangsa. Logo baharu dengan lambang Harimau dalam rekaan bulatan telah dikemaskini dengan diangkat tinggi seperti anak panah yang…

Ujian 5G Diperluas Ke Seluruh Negara Oktober Ini

M Update, 24/9/2019 – Ujian rangkaian perkhidmatan 5G akan diperluaskan ke seluruh negara bermula bulan depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Ujian berkenaan yang dilancarkan pada April lalu di Putrajaya dan Cyberjaya, diharapkan mampu mengurangkan jurang digital sekaligus menaik taraf kehidupan rakyat negara ini. Diharapkan komitmen awal…

Gambar ‘Pengantin’ Zahid-Hadi Melampau!

M Update, 24/9/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyiasat sebuah syarikat akhbar berbahasa Cina yang didakwa melakukan penghinaan dengan menyiarkan gambar ‘perkahwinan’ dua pemimpin Pas dan UMNO dalam keadaan tidak sopan menerusi gambar yang telah disunting. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan akhbar berkenaan menyiarkan gambar…

Jerebu Semakin Buruk Di Indonesia

M Update, 24/09/2019 – Sejak langit Jambi menjadi merah mulai Sabtu lalu, keadaan jerebu di Indonesia semakin buruk dengan tiga kawasan mencatat bacaan kualiti udara amat buruk iaitu sehingga hampir 800. Menurut laporan Tribun News, IPU pada jam 12 tengah hari dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia semalam…