Input your search keywords and press Enter.

Ganjaran RM30,000 Tangkap Pembunuh Gajah Pgymy

M Update, 1/10/2019 – Hasil bedah siasat dijalankan terhadap bangkai gajah pygmy yang ditemukan mati di Sungai Udin, Dumpas di Kalabakan, Khamis lalu, berpunca daripada peluru digunakan menembusi tengkorak gajah malang itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga​ berkata, di kiri dan kanan badan gajah terdapat kesan lebih kurang 70 peluru tabur, namun tidak menyebabkan kematian.

“Banyak kesan tembakan di badan tetapi itu mungkin hanya menyebabkan kesakitan tetapi salah satu peluru menembusi tengkorak manakala gadingnya dipotong serta diambil pemburu,” katanya. Augustine menjelaskan, gajah berkenaan adalah gajah jantan dewasa berusia antara 20 hingga 30 tahun dan bukan gajah betina seperti dilaporkan sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, wang ganjaran RM30,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat, bagi mengesan pemburu terbabit dalam aktiviti itu dan bantuan orang ramai diharapkan untuk menyalurkan sebarang maklumat. Kawasan berkenaan tidak ramai penduduk tetapi JHL akan terus berusaha untuk mencari mereka bertanggungjawab melakukan pemburuan haram itu,” katanya.

Terdahulu, Khamis lalu, sekumpulan pemancing menemukan bangkai gajah pygmy dipercayai mati antara tiga hingga empat hari.

Leave a Reply