Input your search keywords and press Enter.

Houthia Serang Besar- besaran Terhadap Tentera Arab Saudi

M Update, 01/10/2019 – Pemberontak Houthi di Yaman menyiarkan rakaman video mendakwa serangan besar-besaran terhadap tentera Arab Saudi dekat sempadan kedua-dua negara yang menyebabkan ramai terbunuh dan ratusan lagi menyerah diri.

Video disiarkan stesen televisyen Houthi, Almasirah, kelmarin, menunjukkan beberapa kenderaan berperisai yang dikatakan milik tentera Arab Saudi terkena bedilan peluru berpandu dari dron dekat bandar Arab Saudi, Najran, Ogos lalu.

Al Jazeera melaporkan, Ahad lalu, jurucakap pemberontak Houthi, Yahya Saree berkata, lebih 200 anggota tentera pakatan terbunuh dalam serangan puluhan peluru berpandu itu ketika cuba melarikan diri.

Menurut Saree, serangan itu menumpaskan briged musuh, membawa kepada penahanan ribuan tentera, termasuk askar dan pegawai Arab Saudi serta ratusan kenderaan berperisai.

Rakaman video itu bagaimanapun, tidak disahkan, sama ada oleh Arab Saudi atau pihak lain.

Jika serangan itu benar-benar berlaku, ia akan menjadi kemenangan besar kepada pemberontak sokongan Iran dalam perang lima tahun di Yaman.

KENDERAAN berperisai dengan lambang Arab Saudi terbakar diserang pemberontak Houthi.

Video itu juga menunjukkan kenderaan berperisai, sebahagiannya terbakar dengan lambang Arab Saudi bersama sejumlah besar senjata dan peluru dirampas. Ia juga menunjukkan mayat dan lelaki berpakaian seragam tentera Arab Saudi.

Portal berita new.com.au melaporkan video itu turut menunjukkan barisan panjang tentera yang didakwa menyerah diri, berpakaian seperti penduduk Yaman.

Sehari sebelum video itu disiarkan, Saree mendakwa tentera pakatan diketuai Arab Saudi mengalami kehilangan besar anggota dan kelengkapan.

Jika serangan itu benar, ia menunjukkan pengaruh besar Iran dalam meningkatkan kemampuan pemberontak Houthi.

Pertengahan bulan lalu, Houthi mengaku bertanggungjawab melakukan serangan menggunakan dron dan peluru berpandu terhadap kemudahan minyak Arab Saudi, namun Arab Saudi dengan sokongan Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jerman mendakwa serangan itu dilakukan Iran.


Leave a Reply