Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Miliki Kebolehupayaan Harungi Kejutan Ekonomi: Zeti

M Update, 2/10/2019 – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yakin ekonomi Malaysia mempunyai kebolehupayaan untuk mengharungi sebarang krisis berpotensi.

Beliau berkata, negara ini melaksanakan sistem yang berdaya tahan dan berupaya menahan kejutan ekonomi.

“Kita bersedia menguruskan kesan (krisis) berkenaan…halangan mungkin berlaku, namun kita berpotensi menanganinya dan meningkat semula,” katanya kepada pemberita.

Zeti yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Bhd berkata, bank-bank pusat akan berperanan penting untuk menyokong ekonomi sekiranya krisis ekonomi berlaku. Situasi seperti inilah yang menjadikan bank-bank pusat sebagai institusi penting. Mereka berada di peringkat hadapan dan oleh itu bank-bank pusat perlu mempunyai kebolehupayaan yang kukuh (untuk menguruskan ekonomi semasa tempoh krisis),” katanya.

Mengenai program Sarjana itu, beliau berkata, ia akan melengkapkan pegawai bank pusat berpotensi tinggi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini untuk menangani cabaran persekitaran ekonomi dan politik yang kompleks. Beliau berkata, program residensi setahun secara intensif ini ditawarkan dengan kerjasama MIT Sloan School of Management.

“Program ini sedang dinilai oleh Kementerian Pendidikan, dan disasarkan bermula pada pertengahan 2020, dengan peserta sulung dari bank-bank pusat seluruh dunia,” katanya.

ASB ditubuhkan pada 2015 dengan kerjasama MIT Sloan School of Management di Massachusettes, Amerika Syarikat untuk menjadi sekolah perniagaan global utama iaitu sebuah hab pengetahuan dan pembelajaran yang diterapkan dengan kepakaran serantau, wawasan serta perspektif Asia dan ekonomi pesat membangun. – Bernama

Leave a Reply