Input your search keywords and press Enter.

Pujukan Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Mahu Terjun Bangunan

M Update, 7/10/2019 – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad mahu terjun daripada tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini petang semalam selepas bertengkar dengan ibunya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk kanak-kanak perempuan itu, yang difahamkan nekad bertindak demikian selepas bertengkar dengan ibunya, dipercayai hanya kerana isu telefon.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.01 petang. Ketika bomba tiba, didapati benar terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang sudah berada di belebas tingkat 19 bangunan berkenaan, dipercayai mahu terjun ke bawah.

Bomba kemudian mengambil langkah berwaspada apabila terus membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 selain memasang ‘air cushion’ di aras bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Suhaimi berkata seorang anggota, Pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin, berbual dan berjaya memujuk mangsa masuk ke dalam.

Ismarulnizam mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum mangsa sendiri menghulurkan tangannya untuk masuk ke dalam,” katanya. Beliau berkata, susulan itu, mangsa dibawa turun berjumpa dengan komander operasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BH Online

Leave a Reply