Input your search keywords and press Enter.

R.I.S.E bantu golongan Orang Kelainan Upaya

Seramai 6,358 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mendapat bantuan daripada Program Yayasan Maybank R.I.S.E (Reach Independence and Sustainable Entrepreneurship)  sejak 2014. Program pemerkasaan ekonomi itu direka untuk membantu masyarakat, khususnya golongan OKU untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan dan berdikari kewangan menerusi latihan, bimbingan dan mentor.

Stakat tahun 2019, 40% daripada semua peserta yang menyertai program R.I.S.E telah mencapai pertumbuhan pendapatan bulanan yang lebih daripada 350 peratus. Bagi memastikan golongan OKU terus mendapat manfaat di bawah R.I.S.E 2.0, Maybank akan memberi tumpuan pada golongan itu daripada kawasan luar bandar untuk meningkatkan akses mereka kepada perkhidmatan perbankan.

Ini adalah sebahagian daripada misi bank untuk memastikan perkhidmatan kewangan lebih mesra golongan itu dengan menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan serta mengukuhkan kemasukan kewangan di ASEAN, dan menurutnya bank telah memperuntukkan RM8.22 juta antara 2019 dan 2020 untuk fasa satu R.I.S.E 2.0.

Leave a Reply