Input your search keywords and press Enter.

Seorang Kanak-Kanak Bunuh 5 Sekeluarga Dalam Kebakaran Rumah

M Update, 09/10/2019 – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun didakwa atas lima tuduhan bunuh berhubung kebakaran di sebuah kediaman yang membunuh lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak.

Daily Mail memetik peguam Daerah Woodford, Greg Minger berkata, kanak-kanak itu turut didakwa atas tiga tuduhan sengaja menyebabkan kebakaran rumah treler berkenaan pada 11 malam, 6 April lalu itu.

Jiran di kediaman treler berhampiran tidak dapat membantu kerana api marak terlalu cepat, dan melaporkan terdengar jeritan mangsa dari dalam.

Lima sekeluarga yang terbunuh adalah Jason Wall, 34, dan dua anaknya, Ariel, setahun, serta Daemeon, dua, sepupu mereka Rose Alwood, dua, dan moyang mereka Kathryn Murray, 69. Semuanya dilaporkan mati akibat menghidu asap.

Tunang Wall, Katrina Wall, 27, dan anaknya Kyle Alwood, lapan, berjaya menyelamatkan diri. Butiran lanjut mengenai suspek termasuk hubungannya dengan semua mangsa tidak didedahkan.

Minger berkata, jika sabit kesalahan suspek kanak-kanak itu mungkin dikenakan pemantauan sekurang-kurangnya lima tahun selain diberi kaunseling. Dia bagaimanapun, berkemungkinan tidak akan dihukum penjara walaupun pada akhir perbicaraan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *