Input your search keywords and press Enter.

Bapa Rayu Bawa Pulang Balu Anggota Daesh

M Update, 15/10/2019 – Sepasang suami isteri sekali lagi merayu kepada kerajaan atau mana-mana pihak yang sudi membawa pulang anak perempuan dan cucu mereka yang kini berada di Syria.

Ahmad Hussin, 58, berkata anaknya, Nur Mahmudah, 31, sekali lagi menghubunginya dan isteri, Saudah Karim, 53, selepas tidak tahan dan cukup menderita di kem Lohasaka, Syiria.

“Dia merayu, menangis selepas empat rakan baiknya terbunuh di tembak tentera. Nur Mahmudah beritahu, malam kejadian dia tidak sihat untuk pergi mengajar al Quran untuk kanak-kanak di kem itu, hanya rakan-rakannya sahaja yang pergi. Tidak sangka semua rakannya itu ditembak. Jika dia pergi mengajar malam itu berkemungkinan dia juga turut terkorban,” katanya ketika ditemui, di sini.

Ahmad berkata, dia tidak pasti sama ada rakan anaknya itu rakyat Malaysia kerana tidak dapat bercakap lama.

“Kami tidak bercakap lama kerana tentera kerap membuat rondaan di kawasan berkenaan. Saya benar-benar merayu, kerajaan atau mana-mana pihak dapat membawa pulang anak dan cucu saya,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan Ahmad merayu anak dan cucunya lelakinya berusia lingkungan setahun dapat dibawa pulang selepas selepas mengikut suami Nur Mahmudah, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi ke Syria dan dipercayai terbabit dengan kumpulan Daesh. Bagaimanapun, Muhamad Wanndy sudah terkorban ketika berada di sana dan menyebabkan dua beranak terbabit menghadapi kesukaran di kem itu. – BH ONline

Leave a Reply