Input your search keywords and press Enter.

Pemilik FB ‘KT Vasagam’ Hina Islam Ditahan Polis

M Update, 16/10/2019 – Polis menahan pemilik akaun Facebook ‘KT Vasagam’ selepas dipercayai memuat naik gambar babi berserta logo halal dengan kapsyen berbaur sensitif semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, satu laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut susulan kenyataan tersebut. Polis kemudian berjaya mengenal pasti pemilik akaun Facebook berkenaan sebelum dia tampil ke IPD Timur Laut semalam untuk memberi keterangan.

“Dia kemudian telah ditahan untuk tindakan reman dan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata, dipercayai posting berkenaan dimuat naik pada Isnin lalu dan sebanyak lapan laporan polis telah diterima berhubung isu berkenaan. Katanya, siasatan masih dijalankan dan individu terbabit yang bekerja sebagai ejen pelancongan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Terdahulu, satu posting dengan kapsyen: “Mufti? Hadi? Zakir Naik? Mullah? Lebai?……explain” dalam gambar seekor khinzir yang mempunyai logo halal dimuat naik pemilik akaun Facebook berkenaan.

Dalam perkembangan lain berhubung video tular mengenai aksi seorang pemandu sebuah kereta yang membawa bendera kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LLTE), Huzir berkata, semakan telah dibuat ke atas nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Namun ia didaftarkan atas nama lelaki lain yang tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan LTTE. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan kita sedang kesan pemandu kereta terbabit,” katanya. – SH Online

Leave a Reply