Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Jepun Peruntuk Dana RM27.37 Juta Bantu Mangsa Taufan Hagibis

M Update, 17/10/2019 – Kerajaan Jepun umum peruntukan dana jutaan dolar bagi membantu membangunkan semula kawasan yang tejejas akibat Taufan Hagibis yang kini dilaporkan membunuh lebih 70 mangsa.

Taufan yang membawa angin kencang dan hujan lebat itu mula membadai Jepun pada Sabtu sehingga menyebabkan banjir akibat sungai melimpah dan tanah runtuh.

Pada Rabu, Jepun mengesahkan jumlah kematian direkodkan 74 mangsa manakala puluhan lain dilaporkan hilang.

Memetik laporanĀ AFP, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata kerajaan memperuntukan dana berjumlah 710 juta yen (RM27.37 juta) bagi kawasan yang terjejas.Sebahagian peruntukan tersebut adalah dari peruntukan kecemasan berjumlah 500 juta (RM19.27 juta).

Abe turut memberi jaminan kepada rakyatnya bahawa kerajaan akan terus memastikan bantuan akan disalurkan kepada mangsa agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Untuk rekod, pada Rabu, lebih 10,000 kediaman masih berdepan dengan ketiadaan bekalan elektrik sementera lebih 110,000 kediaman terputusan bekalan air.

Pada masa sama, perkhidmatan kereta api juga sudah kembali beroperasi bagaimanapun beberapa perkhidmatan kereta api laju Shinkansen masih tergendala.

Leave a Reply