Input your search keywords and press Enter.

PM : Ceburi Tanaman Sayur Dan Buah-Buahan

M Update, 17/10/2019 – Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan mengimport makanan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata petani perlu mempelbagaikan dan meneroka penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta menggunakan teknologi moden.

Perdana menteri berkata kerajaan menggalakkan petani dan pekebun mengusahakan pertanian campur untuk memastikan mereka memperoleh pendapatan yang stabil dan lebih baik.

“Mereka tidak boleh bergantung kepada satu tanaman tertentu sahaja, contohnya apabila harga jatuh, petani yang terlibat akan terjejas,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 Persatuan Kebangsaan Pekebun Malaysia di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply