Input your search keywords and press Enter.

Bukit Aman : Ramasamy Beri Keterangan Hari Ini

M Update, 21/10/2019 – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Ramasamy dijangka hadir ke Bukit Aman pada pukul 10 pagi esok untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 berhubung perkara itu.

Bernama pada 17 Okt lepas melaporkan, Ramasamy diminta untuk memberi keterangan berhubung artikel bertajuk “Kerajaan Baharu tapi Polis Masih Pada Takuk Lama – Ramasamy” yang disiarkan di laman web www.malaysiagazette.com pada 17 September lalu.

Dalam artikel itu, Ramasamy telah mengulas tindakan polis menembak mati tiga lelaki yang disyaki perompak di Kilometer 22, Jalan Rawang menghala Batu Arang, Selangor, 14 September lepas.

Sumber : Bernama

Leave a Reply