Input your search keywords and press Enter.

KPDNHEP : Galak Lebih Banyak Syarikat Peruncit Sertai I-KeeP

M Update, 21/10/2019 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggalakkn lebih banyak syarikat peruncit di Malaysia mengambil bahagian dalam Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (I-KeeP).

Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata, pelaksanaan I-KeeP merupakan kerjasama strategik kerajaan dengan pihak swasta (syarikat-syarikat rantaian peruncitan dan koperasi). I-KeeP adalah inisiatif yang menyaksikan pasaraya atau peruncitan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga ekonomi dan munasabah.

“Sejak dilancarkan, inisiatif I-KeeP mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari pengguna yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya.

Setakat ini sehingga April, sejumlah enam syarikat peruncitan dan koperasi telah menjalinkan kerjasama strategik dengan kerajaan, iaitu Tunas Manja Group (TMG), KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. (KK Super Mart), Segi Cash & Carry Sdn. Bhd. (Segi Fresh), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (D’Mart), Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad (SKOMK) dan Big Supermart Sdn. Bhd. (BIG Supermart) manakala di Kuching, hanya satu sahaja syarikat peruncit yang mengambil bahagian iaitu Everwin. – BERNAMA

Leave a Reply