Input your search keywords and press Enter.

KDN : Larangan Tanam Ketum Secara Komersial Kekal

M Update, 24/10/2019 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial dan terbuka di negara ini walaupun wujud percanggahan pendapat mengenainya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, larangan berkenaan kekal selagi tiada kajian dan akta spesifik untuk kerajaan menyelaraskan dan mengawal selia tanaman itu. Menurutnya, tanaman ketum secara dasarnya tiada masalah namun pada hari ini ada pihak tertentu yang menyalahgunakannya dengan mencampurkan daun ketum dengan bahan bahan lain.

Antaranya seperti ubat batuk atau ubat nyamuk. Ini yang berleluasa. Kalau kita tidak mengawal perkara ini kita bimbang ia akan menjadi satu lagi masalah kepada negara. Sedangkan isu dadah hari ini seperti metapetamine, kokain, ganja dan semuanya masih menjadi masalah kita. Boleh kita bayangkan jika ketum ini ditanam secara berleluasa,” katanya.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin yang mencadangkan agar pekebun kecil dibenarkan menanam ketum kerana tanaman itu mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka. – SH Online

Leave a Reply