Input your search keywords and press Enter.

Motif Serangan Pos Kawalan Padang Besar Disiasat

M Update, 29,10,2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti suspek terbabit kes serangan mercun roket di kawasan pos kawalan sempadan Padang Besar 19, dekat Perlis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata ketika ini, pihaknya tidak dapat mengesahkan suspek berasal dari Thailand atau terbabit dengan sebarang kes penyeludupan.

“Saya tidak dapat dedahkan suspek kerana siasatan masih dilakukan, tidak boleh tuju (sahkan) warga Thailand atau warga dari negara lain.
“Apa yang pasti, ada berlaku (serangan) mercun di pos kawalan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Sistem E-Pengambilan PDRM, di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pos kawalan sempadan itu diserang menggunakan mercun roket dipercayai dilakukan oleh warga Thailand. Tindakan itu dikaitkan dengan kumpulan penyeludup yang dipercayai tidak puas hati dengan penguatkuasaan pihak berkuasa Malaysia di sempadan.

Dalam kejadian pada jam 11.20 pagi, empat mercun roket dilepaskan dari arah pagar sempadan Malaysia-Thailand yang mana satu daripadanya meletup sehingga memecahkan cermin tingkap pos kawalan.

Leave a Reply