Input your search keywords and press Enter.

KPM : Wujud Model Baharu Ganti PTPTN?

M Update, 30/10/2019 – Kementerian Pendidikan akan mewujudkan satu jawatankuasa bagi meneliti model baharu menggantikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bermasalah.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ia hasil dapatan diperoleh PTPTN menerusi Kertas Konsultasi Rakyat yang dilaksana agensi itu sejak awal tahun ini. Beliau berkata, keanggotaan jawatankuasa berkenaan nanti akan membabitkan penyertaan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi, wakil kerajaan dan pembangkang.

“Pelbagai pandangan dan idea dibentangkan daripada Kertas Konsultasi Rakyat. Hasilnya, PTPTN mengenal pasti model PTPTN ketika ini bermasalah. Hasil kajian ini (menerusi Kertas Konsultasi Rakyat) menyerlahkan 68 peratus peminjam PTPTN masih lagi dalam kategori pendapatan B40.

“Sebanyak 55 peminjam adalah golongan B40, manakala 38 peratus lagi M40. Manakala 51 peratus peminjam menghadapi masalah untuk membayar balik. Kerajaan sememangnya komited membantu golongan ini,” katanya

Hasil kajian itu juga, beliau berkata, PTPTN kini menjalankan kajian untuk mengenal pasti faktor masalah pembayaran supaya dapat mengenal pasti mekanisma yang lebih tepat. Dapatan ini mengambil masa lama, kerana kebanyakan data (diperoleh) daripada LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Saya berasa agak pelik data ini tidak lengkap sebelum kerajaan Pakatan Harapan(PH) ambil alih.

“Ini menyebabkan kita terpaksa menghubungi agensi berkaitan untuk mendapatkan data ini dan ia mengambil masa panjang untuk diselesaikan. Kita sudah melakukan sebaik mungkin,” katanya.

PTPTN pada April lalu memaklumkan akan membentangkan Kertas Konsultasi Rakyat mengandungi dokumen dan maklumat berkenaan mekanisme baharu pembayaran balik pinjaman, pada suku ketiga tahun ini. – BH Online

Leave a Reply