Input your search keywords and press Enter.

Helikopter Jabatan Bomba Korea Selatan Terhempas

Helikopter Jabatan Bomba Korea Selatan yang membawa tujuh penumpang dan kru terhempas ke dalam laut di gugusan kepulauan kecil Dokdo.

M Update, 1/11/2019 –  Helikopter Jabatan Bomba Korea Selatan yang membawa tujuh penumpang dan kru terhempas ke dalam laut di gugusan kepulauan kecil Dokdo yang menjadi rebutan lewat semalam, kata pegawai hari ini.

Pengawal pantai Korea Selatan dan bot persendirian menjalankan usaha mencari mangsa yang masih hidup di kawasan itu manakala Kementerian Pertahanan juga menghantar kapal, pesawat dan penyelamat untuk membantu operasi menyelamat, lapor agensi berita Yonhap.

Helikopter itu, yang membawa pesakit ke hospital di tanah besar Korea, terhempas sejurus berlepas dari Dokdo, kata pegawai di Ibu Pejabat Perkhidmatan Bomba Gyeongbuk.

Gugusan kepulauan kecil itu, yang dituntut Korea Selatan dan Jepun sebagai wilayah masing-masing, dinamakan Takeshima di Jepun.

Ia dikawal Seoul dengan sejumlah kecil pengawal pantai. – Reuters

Leave a Reply