Input your search keywords and press Enter.

Pencemaran Udara Di Utara India Capai Paras Yang Bahaya

Pemandangan bandar diliputi kabut tebal akibat pencemaran udara berhampiran New Delhi, India. – Foto EPA

M Update, 04/11/2019 –  Pencemaran udara di utara India mencapai paras yang tidak boleh ditanggung lagi, kata Ketua Menteri ibu kota India, Arvind Kejriwal.

Di kebanyakan kawasan di New Delhi, kualiti udara merosot ke kategori ‘bahaya’ semalam dengan potensi menyebabkan masalah pernafasan jantung.

Pihak berkuasa menggesa penduduk supaya berada di dalam rumah untuk melindungi diri mereka.

Kejriwal mendesak kerajaan pusat menyediakan bantuan dan menangani pencemaran beracun itu.

Sekolah ditutup, lebih 30 penerbangan dilencongkan dan kerja pembinaan dihentikan apabila bandar raya itu diselubungi kabut tebal.

Menteri Kesihatan, Satyendar Jain, menasihatkan penduduk supaya mengelakkan aktiviti luar, terutama pada waktu pagi dan lewat petang.

Nasihat kesihatan juga menggesa penduduk memakai topeng antipencemaran, mengelakkan kawasan tercemar dan menutup pintu serta tingkap.

Leave a Reply