Input your search keywords and press Enter.

Anggota Kumpulan BTS Disiasat Polis

M Update, 05/11/2019 – Anggota kumpulan K-pop terkenal, BTS disiasat polis selepas mengaku kesalahannya menjadi punca kemalangan antara kereta dipandunya dengan sebuah teksi, kata pengurus kumpulan berkenaan.

Penyanyi utama BTS, Jung Kook memandu keretanya di Seoul pada minggu lalu sebelum melanggar sebuah teksi.

Big Hit Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu, kemalangan itu berpunca daripada kesilapan Kook sendiri.

Kook, 22, mengaku salah melanggar undang-undang jalan raya dan dia disiasat polis.

“Bagaimanapun, Kook dan pemandu teksi berkenaan tidak mengalami kecederaan serius,” kata kenyataan itu.

Leave a Reply