Input your search keywords and press Enter.

Majikan Melutut Dan Mencuci Kaki Pekerja Cemerlang

M Update, 05/11/2019 – Pelbagai cara digunakan majikan untuk menghargai pekerja mereka yang cemerlang seperti memberi bonus dan menawarkan percutian.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya bagi sebuah syarikat kosmetik di China apabila pengurus atau ketua akan melutut dan mencuci kaki pekerja cemerlang.

Dalam satu video yang tular menunjukkan sekumpulan pegawai sebuah syarikat kosmetik membasuh kaki pekerja yang mencatatkan jualan yang tinggi dalam satu majlis penghargaan baru-baru ini.

Syarikat itu yang menjual produk kosmetik di Jinan, wilayah Shandong, timur China.

Rakaman itu menunjukkan presiden dan juga seorang pegawai eksekutif kanan syarikat berkenaan menunduk, membuka kasut beberapa pekerja sebelum membasuh kaki mereka.

Menurut laporan media China, acara itu diadakan bagi menghargai pekerja yang berjaya mencatatkan jualan yang tinggi.

Leave a Reply