Input your search keywords and press Enter.

Penguatkuasaan Berperingkat Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

M Update, 5/11/2019 – Penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam setiap kereta persendirian akan dilakukan secara berperingkat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penguatkuasaan tersebut bagi mendidik masyarakat terhadap keperluan penggunaan CRS.

“Kementerian mahu mulakan inisiatif ini tapi ia lebih kepada soal pendidikan terlebih dahulu, nak didik dan beri kesedaran kepada orang ramai, penguatkuasaan pula akan dilakukan secara berperingkat,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada kerajaan menimbang sebarang pemberian subsidi kepada ibu bapa yang tidak mampu membeli CRS, Anthony berkata, tiada peruntukan untuk perkara tersebut.

“Kerajaan telah memansuhkan cukai import sebanyak lima peratus bagi pembelian produk ini, sudah tentu apabila ada permintaan lebih banyak, harga di pasaran domestik akan turun,” katanya.

Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan CRS di dalam kenderaan bagi menyelamatkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. – SH Online

Leave a Reply