Input your search keywords and press Enter.

Dr Mahathir Terima Anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif

Foto : Berita Harian

M Update, 7/11/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembangunan Kesenian Kebudayaan) sempena Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-15, hari ini.

Anugerah disampaikan Rektor ASWARA, Prof Madya Sahar Sa’adi Hashim, sambil disaksikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi. Anugerah itu adalah sebagai penghargaan dan penghormatan tinggi buat Dr Mahathir atas jasa serta pengorbanannya dalam membangun dan melestarikan bidang kesenian, kebudayaan dan warisan.

Dalam istiadat sama, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, turut dikurniakan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Promosi Seni Kreatif) atas sokongan padu bagi mengangkat industri seni persembahan tanah air. Sempena ulang tahun ke-25 ASWARA, istiadat konvokesyen pada tahun ini melakar peristiwa bersejarah.

Panggung Eksperimen ASWARA sebelum ini dirasmikan Dr Mahathir pada 1994 sebagai tempat persembahan kesenian budaya warisan melalui hasil kerja pelajar dan penggiat seni tanah air serta persembahan membabitkan kesenian antarabangsa. – BH Online

Leave a Reply