Input your search keywords and press Enter.

Elak Kunjungi Selatan Thailand Sementara Waktu

KOTA BHARU 12 SEPTEMBER 2018. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika bercakap kepada pemberita selepas selesai Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim. NSTP/ZAMAN HURI ISA

M Update, 7/11/2019 – Rakyat Kelantan dinasihatkan supaya tidak mengunjungi selatan Thailand dalam masa terdekat susulan serangan menyebabkan 15 kematian di wilayah Yala, Thailand, semalam.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sekiranya masih ingin ke sana, mereka diminta lebih berhati-hati.

“Kita minta mereka berhati-hati dalam sehari dua ini. Kalau boleh elakkan ke selatan Thailand untuk keselamatan,” katanya.

Mengulas lanjut, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat kecederaan atau kematian membabitkan rakyat negeri ini dalam serangan itu. Media melaporkan, sekurang-kurangnya 15 individu terbunuh manakala empat sukarelawan pertahanan kampung cedera selepas puak pemisah disyaki menyerang pos kawalan keselamatan di selatan Thailand.

Serangan dianggap terbesar tahun ini di wilayah selatan Yala menggunakan bahan letupan dan paku bagi melambatkan pihak berkuasa. Ketua Polis Wilayah Yala, Mejar Jeneral Polis Prabpal Meemongkol dilaporkan berkata dalam kejadian kira-kira 10.15 malam (waktu tempatan) malam semalam, polis menerima laporan dua pos kawalan keselamatan iaitu di Mukim Lampaya dan Kampung Thung Sadao dipercayai diserang anggota kumpulan bersenjata. – SH Online

Leave a Reply