Input your search keywords and press Enter.

Seru Kebaikan Demi Cegah Gejala Negatif

M update, 15/11/2019 – Masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa konsep menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab semua pihak dan ia wajib dilaksanakan supaya gejala negatif yang melanda umat Islam masa kini dapat dibendung.

Konsep itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan hakikat kebenaran ilmu pengetahuan dan undang-undang.

“Kegagalan (dalam) memberi keutamaan untuk menyeru kepada kebaikan telah menyaksikan kegagalan umat Islam dalam berhadapan dengan cabaran baik daripada segi ajaran ataupun pemikiran yang jauh menyimpang dengan ajaran Islam sebenar,” – Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad

Tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah perlu dilakukan dengan tegas, professional dan berhati-hati bagi mengelakkan tercetusnya sentimen perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Sumber : Bernama

Leave a Reply