Input your search keywords and press Enter.

Polis Berhak Periksa Telefon Bimbit Individu

M Update, 18/11/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588 bagi memeriksa telefon bimbit individu yang disyaki melakukan kesalahan seperti menghantar kandungan komunikasi lucah dan palsu.

Melalui seksyen ini, pegawai polis yang menyiasat boleh mengambil tindakan dengan menyemak kemudahan dan perkhidmatan rangkaian termasuk telefon bimbit milik individu.

Merujuk perkara tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menjelaskan mengenai hak orang awam sebagai pemilik telefon berkenaan yang boleh membuat laporan di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman atau di balai polis berdekatan sekiranya pegawai polis yang memeriksa telefon bimbit mereka tidak mengikut Prosedur Operasi
Standard (SOP).

Selain itu, pegawai polis boleh mengambil tindakan dengan memerikasa apa apa kemudahan rangkaian telekomunikasi mengikut peruntukan Seksyen 103, 104 dan 106 Kanun Tatacara Jenayah Akta 593.

Sumber : Berita RTM

Leave a Reply