Input your search keywords and press Enter.

Bela Anak Ayam Alih Ketagihan Gajet

Sejumlah 200 anak ayam bakal diedarkan kepada pelajar sekolah di Bandung. Gambar Kanan : Presiden Indonesia, Joko Widodo. Foto Agensi.

M Update, 22/11/2019 – Kira-kira 2,000 anak ayam akan diedarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Bandung untuk dijadikan haiwan peliharaan sebagai usaha mengalihkan perhatian mereka dari bermain gajet.

Anak ayam berusia empat hari akan diedarkan kepada pelajar secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu ini.

Projek itu sebahagian daripada perancangan negara untuk mempertingkatkan pendidikan pelajar Indonesia yang dilancarkan Presiden Joko Widodo.

Puluhan anak ayam di dalam beberapa sangkar yang memaparkan ayat ‘sila jaga saya dengan baik’ diberikan kepada pelajar pada majlis pelancaran hari ini.

Pelajar dikehendaki memberi makan kepada haiwan peliharaan mereka sebelum dan selepas sekolah.

Mereka turut dibenarkan untuk membawa pulang anak ayam ke rumah atau meninggalkannya di sekolah.

Leave a Reply