Input your search keywords and press Enter.

Polis Serbu 85 Warga China Jalankan Aktiviti Penipuan Dalam Talian

Pihak polis mengiringi suspek warga China dan Indonesia di Jakarta. Foto : AFP

M Update, 27/11/2019 – Seramai 85 warga China dan enam penduduk Indonesia yang menjalankan aktiviti penipuan dalam talian membabitkan jutaan dolar ditahan dalam serbuan polis petang semalam.

Kesemua suspek ditahan dalam enam serbuan berasingan di Jakarta dan bandar Malang selepas polis menerima maklumat mengenai aktiviti haram itu daripada pihak berkuasa di China.

Ketua Polis Jakarta, Gatot Eddy Pramono berkata, suspek menyasarkan mangsa di China dan mengaut wang mencecah 36 bilion rupiah (RM10.88 juta) dalam tempoh empat bulan.

“Suspek menyamar sebagai polis atau pendakwa raya dan memberitahu mangsa melanggar undang-undang sebelum meminta sejumlah wang untuk menyelesaikan masalah.

“Ada suspek menyamar sebagai pegawai bank dan menawarkan pelaburan kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis merampas bahan bukti seperti komputer dan komputer riba.

Serbuan itu susulan penahanan kira-kira 700 warga China yang dikaitkan dengan sindiket penipuan dalam talian di sebuah bangunan di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, kurang jelas sekiranya kedua-dua serbuan berkenaan mempunyai kaitan.

Leave a Reply