Input your search keywords and press Enter.

Kadar Baru Fi, Permit Taman Negara Mulai 2020

M Update, 2/12/2019 – Kerajaan negeri Pahang memperkenalkan kadar baharu fi dan permit masuk ke Taman Negara bermula 1 Jan tahun hadapan, iaitu kenaikan pertama sejak ia beroperasi 70 tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kadar baharu itu menggantikan kadar lama permit masuk Taman Negara yang bernilai RM1 untuk seorang tidak kira umur. Kadar baharu yang akan dikenakan ialah RM10 bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, manakala bayaran RM30 dikenakan kepada golongan berusia antara 13 hingga 60 tahun dan mereka yang berusia 61 tahun ke atas perlu membayar RM15, katanya.

“Semakan semula ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketirisan hasil negeri, selain meningkatkan pendapatan yang sekali gus mencapai hasrat kita untuk menjadi negeri berdikari.

“Pertambahan hasil yang diperoleh ini akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk sumbangan dan projek pembangunan yang akan dilaksanakan katanya.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply