Input your search keywords and press Enter.

Banjir Kelantan : 13,857 Mangsa Banjir Sehingga Pagi Ini

M Update, 4/12/2019 – Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,857 orang sehingga jam 8 pagi ini, walaupun hujan sudah berhenti dan cuaca semakin baik sejak semalam.

Kesemua mereka membabitkan 5,108 keluarga ditempatkan di 61 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menunjukkan jumlah mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 9,466 orang daripada 3,741 keluarga di 29 PPS. Jumlah mangsa banjir di Tumpat seramai 2,695 orang daripada 911 keluarga di tujuh PPS,

Kuala Krai seramai 263 orang daripada 65 keluarga di lima PPS, manakala Kota Bharu seramai 146 orang daripada 37 keluarga di dua PPS. Pasir Puteh pula 826 mangsa daripada 219 keluarga di lapan PPS dan Tanah Merah 321 mangsa daripada 97 keluarga di tujuh PPS. Jumlah mangsa di Machang seramai 140 mangsa daripada 38 keluarga di tiga PPS. – BH Online

Leave a Reply