Input your search keywords and press Enter.

PDRM : Isi Segera Perjawatan Polis Bantuan

M Update, 4/12/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memeriksa dan mengaudit secara berperingkat 256 agensi atau syarikat yang mempunyai lesen penubuhan polis bantuan berikutan 31,471 jawatan itu belum diisi.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata pihaknya mahu agensi yang terbabit memberi alasan munasabah berkenaan kekosongan yang terlalu banyak.

“Tindakan pembatalan lesen mungkin dilakukan jika alasan tidak munasabah diberikan. Saya faham dengan keadaan semasa tetapi sebelum memohon lesen atau permit penubuhan polis bantuan, pihak agensi atau syarikat perlu melihat kekuatan yang diperlukan.

“Pihak kami juga dapati ada agensi atau syarikat langsung tidak membuat pengisian terhadap perjawatan itu,” katanya.

Beliau berkata, kekosongan itu perlu diisi dengan segera kerana hanya 29,793 daripada 61,264 perjawatan itu atau 49 peratus sudah diisi.

“Polis bantuan banyak membantu polis dalam menangani jenayah di kawasan operasi yang dibenarkan untuk mereka, maka, perjawatan itu perlu diisi untuk meningkatkan tahap keupayaan polis bantuan,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply