Input your search keywords and press Enter.

Detik Cemas Rumah Kongsi Terbakar

M Update, 5/12/2019 – Seramai 32 warga asing berdepan detik cemas selepas rumah kongsi didiami mereka terbakar dalam kejadian di sebuah kilang batu bata di Labu, semalam.

Kejadian pukul 1.47 tengah hari itu telah memusnahkan tujuh unit rumah kongsi serta tiga bilik yang didiami kesemua mangsa yang bekerja di kilang berkenaan.

Seramai 25 anggota serta lima pegawai dari Balai Bomba Seremban 2 dan Nilai telah dikerahkan ke lokasi kejadian melibatkan enam jentera bagi mengawal kebakaran.

Anggota bomba mengambil masa 15 minit bagi memadamkan kebakaran, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Punca sebenar dan kerugian kemusnahan masih dalam siasatan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply