Input your search keywords and press Enter.

Kena Cekup Bahana Bergaduh

M Update, 5/12/2019 – Polis berjaya menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah restoran di Batu 6, di Sandakan.

Dalam kejadian 11.30 malam kelmarin, suspek berusia 18 tahun hingga 27 tahun menyerang beberapa lagi lelaki yang minum di restoran berkenaan dengan menggunakan kayu besbol.

Difahamkan, pergaduhan kira-kira tujuh lelaki itu disebabkan perselisihan faham daripada dua kumpulan terbabit sebelum ini.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut dan menerima lapan jahitan di kepala.

Tiga lelaki itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber : harian Metro

Leave a Reply