Input your search keywords and press Enter.

Lindungi Keluarga – Vaksin Influenza

M Update, 5/12/2019 – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menggesa rakyat Malaysia melindungi anggota keluarga mereka daripada ancaman influenza melalui suntikan vaksin setiap tahun.

Meskipun beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjaga kesihatan menerusi amalan gaya hidup sihat, suntikan pencegahan itu diambil setiap tahun.

Influenza amat berbahaya kepada golongan berisiko seperti wanita hamil, kanak-kanak bawah lima tahun, orang dewasa berumur 65 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik, kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Untuk pengetahuan, Tun Siti Hasmah dan Tun M telah mengambil suntikan itu sejak beliau kali pertama jadi perdana menteri lagi. Ini kerana Tun M sensitif terhadap perubahan cuaca. Kini sudah menjadi amalan walaupun tidak ke luar negara, kami akan mengambil suntikan berkenaan setiap tahun.

Leave a Reply