Input your search keywords and press Enter.

Tun M : Kerajaan Berusaha Pastikan Kestabilan Negara

M Update, 9/12/2019 – Kerajaan hari ini tidak mampu mengeluarkan banyak wang kepada rakyat kerana terpaksa menggalas tanggungjawab memastikan kestabilan dan membangunkan kembali negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menegaskan, jika kerajaan hari ini mengamalkan cara kerajaan terdahulu dengan melakukan salah guna kuasa, curi duit dan mengutamakan kawan-kawan, maka rakyat akan menolak kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU). Jelas beliau, kerajaan berharap rakyat dapat memahami sumber kewangan negara kini adalah terhad dan perlu membayar hutang, sekali gus menyebabkan setiap projek pembangunan yang dilaksana perlu memanfaatkan rakyat.

“Walaupun mereka (rakyat) sudah menolak kerajaan pencuri dan penyangak, mereka berpendapat bahawa kerajaan (ketika ini) perlulah bagi duit kepada mereka. Tetapi kerajaan ketika ini tidak mencuri dan tidak ada duit banyak, duit yang ada cuma untuk bayar hutang kerajaan lama lebih RM1 trilion,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata disebabkan itu, kerajaan mengambil keputusan tidak meneruskan tindakan kerajaan terdahulu dalam memberikan wang kepada rakyat demi meraih sokongan.

“Tindakan memberi wang akan menyebabkan rakyat menjadi orang kurang berusaha dalam mencari duit selain mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata. Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu mentadbir negara penuh adil dan mengikut saluran undang-undang yang betul bagi memberi keadilan kepada semua pihak,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply