Input your search keywords and press Enter.

JIM : Lelaki Dalang ‘Pasport Terbang’ Ditahan

M Update, 10/12/2019 – Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket ‘pasport terbang’ susulan penahanan seorang lelaki tempatan menerusi Ops Serkap di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, suspek yang berusia 46 tahun ditahan pada jam 11 malam hasil risikan selama dua minggu oleh Unit Pematuhan, Pejabat Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Menurutnya, lelaki itu disyaki menjadi dalang utama sindiket berkenaan.

“Suspek dipercayai mengaturkan kemudahan lanjutan pas lawatan sosial secara tidak sah dengan mengenakan bayaran antara RM300 dan RM700 bagi setiap perkhidmatan yang diberikan.

“Hasil serbuan oleh 10 pegawai itu, pihaknya turut menemukan 70 pasport antarabangsa pelbagai negara iaitu 57 pasport antarabangsa Vietnam,10 pasport China dan tiga pasport Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Baharuddin berkata, suspek kini ditahan di bawah Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 (Akta 150). Katanya, Jabatan Imigresen memandang serius sindiket ‘pasport terbang’ kerana menggugat kedaulatan dan keselamatan negara.

Jabatan Imigresen ingin mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap pelaku atau sindiket yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 atau Akta Pasport 1966,” katanya. – SH Online

Leave a Reply