Input your search keywords and press Enter.

Lelaki Di Tahan Samun Kerusi Roda Wanita OKU

M Update, 10/12/2019 – Seorang lelaki ditahan selepas mencuri kerusi roda seorang wanita kurang upaya dengan menolak mangsa dari alat itu ketika menaiki tren, sebelum orang ramai mengejar dan merampasnya semula.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera litar keselamatan tertutup kereta api aliran ringan di Phoenix itu, apabila suspek, Austin Shurbutt, 26, tiba-tiba merampas kerusi roda digunakan wanita berkenaan, lapor Daily Mail.

Mangsa cuba berpaut pada kerusi rodanya, tetapi akhirnya ditolak ke lantai tren sebelum Shurbutt lari keluar membawa alat itu.

Suspek cuba lari dari situ tetapi dikejar orang ramai yang berjaya merampas semula kerusi roda itu. Dia kemudian melarikan diri dari stesen berkenaan.

Shurbutt ditahan polis Sabtu lalu, seminggu selepas kejadian, susulan ribuan orang mengongsikan video dan gambarnya yang didedahkan pihak berkuasa itu di media sosial.

Shurbutt mempunyai dua waran tangkap terdahulu kerana menyerang seorang anggota perubatan Mac lalu.

Dia kini berdepan lima tuduhan baru termasuk rompak, culik dan melakukan serangan.

Shurbutt.

Leave a Reply