Input your search keywords and press Enter.

Sabah Isytihar Cuti Krismas Dua Hari

M Update, 12/12/2019 – Kerajaan negeri Sabah semalam mengisytiharkan 24 Disember ini sebagai cuti am tambahan sempena Krismas bermula tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pengumuman itu akan menjadikan tambahan satu hari lagi cuti am termasuk pada 25 Disember ini.

“Perkara ini kita putuskan dalam mesyuarat kabinet pagi semalam dan saya berharap cuti tambahan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin kepada mereka yang menyambut perayaan ini.

“Cuti am tambahan ini dapat membolehkan mereka yang merayakan Krismas pulang ke kampung masing-masing lebih awal,” katanya.

Mengenai sambutan itu, Mohd Shafie berkata, sambutan itu menjadi lambang perpaduan utuh dan keharmonian pelbagai kaum dan agama yang ada di negeri itu.

“Keharmonian adalah kunci utama kepada pembangunan dan kemajuan negara kita. Oleh itu, kita perlu mengekalkan perpaduan ini, demi negeri tercinta. Pada hemat saya, tema pada malam ini iaitu ‘Ketulenan Dalam Keharmonian’, amat bertepatan pada masanya.

“Perpaduan wujud melalui keharmonian dan keharmonian akan menjadi sumber kekuatan sama ada dalam waktu sukar, mahupun waktu senang,” katanya.

Leave a Reply