Input your search keywords and press Enter.

Gempa Filipina – Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

M Update, 16/12/2019 – Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas dalam gempa bumi berukuran 6.9 magnitud di Polomolok, Selatan Cotabato, Filipina.

Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City di +63 82 221 4050 atau +63 936 968 4001.

Takziah kepada kerajaan dan rakyat Republik Filipina, khususnya kepada mereka yang terjejas berikutan gempa bumi itu.

Malaysia berdiri teguh dalam semangat setia kawan dengan Filipina dalam suasana yang mencabar ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa bumi itu setakat ini meragut tiga nyawa dan jumlah yang cedera masih belum diketahui.

Sumber : Bernama

Leave a Reply