Input your search keywords and press Enter.

TH Tambah Baik Perkhidmatan Haji

M Update, 16/12/2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang merangka pelan tindakan (blueprint) untuk tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024 bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan operasi haji yang dikendalikan institusi itu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata pelan tindakan yang julung kali diperkenalkan itu dijangka siap pada suku pertama tahun depan, akan membolehkan TH membuat perancangan awal seiring pembangunan di Makkah dan Madinah.

“Di Tanah Suci ada banyak perubahan fizikal seperti hotel lama yang diruntuhkan, dibina baharu, ada juga penempatan-penempatan baharu, dan ia memerlukan TH untuk menilai perkhidmatan yang diberikan.

“Sebagai contoh, hotel-hotel kita terletak 950 meter dari Masjidil Haram, dan sekiranya makin jauh akan beri implikasi kepada jemaah,”

Pelan tindakan itu turut mengambil kira Visi 2030 Arab Saudi khususnya yang melibatkan pembangunan dan pembaharuan di Tanah Suci bagi membolehkan TH terus meningkatkan perkhidmatan haji.

Pada masa ini TH sedang mengumpul maklumat dan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan untuk merealisasikan pelan tindakan tersebut.

Sumber : Bernama

Leave a Reply