Input your search keywords and press Enter.

Cadangan Hadkan Kelajuan Motosikal ‘kapcai’

M Update, 20/12/2019 – Cadangan mengehadkan kelajuan motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai kepada 70km/jam memerlukan kajian lebih teliti tentang implikasi pelaksanaannya kerana ia melibatkan kira-kira 10 juta pemilik motosikal berdaftar di negara ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata selain melibatkan isu keselamatan, kerelevanan cadangan itu juga perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan sejauh mana ia dapat dilaksanakan.

Kita tahu ada cadangan untuk mengehadkan (kelajuan) kapcai, tetapi dalam keadaan di Malaysia, ia melibatkan ramai pemilik kapcai di negara ini.

“Mungkin dalam lingkungan 10 juta (pemilik) motosikal jadi ini merupakan satu keputusan yang akan beri kesan yang sangat besar, saya bukan menolak cadangan itu tetapi daripada segi ‘practicality’ untuk melaksanakan cadangan itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut,” – Anthony Loke Siew Fook

Ogos lepas, Menteri Kerja Raya Baru Bian dilaporkan berkata saranan untuk mengenakan peraturan had laju kepada penunggang motosikal kapcai masih belum boleh dilaksanakan memandangkan ia memerlukan pemerhatian yang teliti untuk satu tempoh yang panjang.

Sebelum ini, The Safety First Group iaitu kumpulan prokeselamatan jalan raya, menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan had laju 70km/j untuk motosikal kapcai selain meminta lebih banyak laluan khas motosikal dibina bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply