Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Malaysia Di Nasihatkan Elak Ke Kawasan Berlaku Bantahan

Polis berkumpul di Red Fort, New Delhi susulan demotrasi bantahan terhadap kerajaan India mengenai undang-undang kewarganegaraan baharu. FOTO AFP.

M Update, 20/12/2019 – Rakyat Malaysia yang tinggal atau bercadang untuk melancong ke India dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di kawasan berlakunya bantahan, serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terbabit.

Ia berikutan bantahan awam yang dilaporkan di negeri Timur Laut, Bengal Barat, Uttar Pradesh, New Delhi, Jammu dan Kashmir.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini menasihati rakyat Malaysia yang tinggal atau berhasrat untuk ke kawasan yang terjejas supaya berhati-hati dan memberi keutamaan kepada keselamatan diri mereka.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg Chanakyapuri 110021 New Delhi, hubungi +911124159300, +919319150306 (selepas waktu pejabat) dan e-mel mwdelhi@kln.gov.my.

Dilaporkan mahkamah India pada Rabu mengeluarkan notis kepada kerajaan persekutuan negara itu mengenai undang-undang kewarganegaraan baharu yang menimbulkan kontroversi dan mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Leave a Reply