Input your search keywords and press Enter.

‘Dr Mahathir Luar Biasa Di Mata Rakyat Palestin’ – Pemimpin Hamas

M Update, 23/12/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin luar biasa oleh rakyat Palestin terutama dalam usahanya membangunkan ummah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin luar biasa oleh rakyat Palestin terutama dalam usahanya membangunkan ummah.
  Pengerusi Biro Hubungan Politik Hamas, Mousa Mohammed Abu Marzook berkata keprihatinan Dr Mahathir itu dicerminkan menerusi cetusan idea beliau kepada penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019.   Ujarnya, dalam pertemuan dua hala antara beliau dan Dr Mahathir seiring sidang kemuncak tersebut, pelbagai isu berkenaan rakyat Palestin dibincangkan termasuk pilihan raya Palestin.   “Kami berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Kami berterima kasih atas idea ini dan keprihatinan beliau terhadap pembangunan umat Islam. Persidangan ini amat baik dan beliau adalah pencetus idea kepada sokongan umat Islam. Idea dan peluang ini sangat baik kepada ummah.   “Kami membincangkan isu rakyat Palestin di Baitulmuqaddis, sekatan di Gaza, penempatan di Tebing Barat serta pilihan raya Palestin. Kami meminta beliau untuk menyokong pilihan raya dan supaya berhubung dengan pemimpin Palestin untuk menyokong pilihan raya tersebut.

 “Kami juga bincang berkenaan hubungan Malaysia dan Palestin kerana beliau kerana menerima sokongan luar biasa daripada rakyat Palestin.

“Kami juga mengharapkan sokongan berterusan daripada Malaysia berkenaan isu Palestin terutama di Baitulmuqaddis, Gaza dan Tebing Barat,” ujarnya selepas pertemuan hampir 30 minit di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Jumaat lepas.  Dr Mahathir dikenali di pentas dunia sejak dahulu lagi menyuarakan isu-isu yang tekanan yang ditanggung rakyat Palestin termasuk tidak gentar mengkritik badan-badan dunia yang gagal memainkan peranan.

Leave a Reply